AHLI KUMPULAN
- ARIS IZZUDIN
(02DLS18F2074
-MUHAMMAD IDHAM
(02DLS18F2031)
-MUHAMMAD NAZMI BIN AB. AZIZ
(02DLS18F2045)
-WAN MUHAMMAD FAIZ
(02DLS18F2047)
-MUHAMMAD FAIZ IRFAN
(02DLS18F2064)
-MUHAMMAD JUZAILI AMIN
(02DLS18F2076)
Konsep Ihsan
Ihsan dari segi bahasa berasal daripada perkataan Bahasa Arab (أحسن (yang terbina daripada huruf ha, sin dan nun (ن س ح (yang membawa maksud ‘berbuat baik, memperbaikkan binaannya, tekun melaksanakannya’ (al-Mu’jam al-Wasit). Ihsan meliputi setiap perbuatan manusia. Allah memerintahkan umat Islam untuk berlaku ihsan dalam bermuamalah sesama manusia dalam firmanNya yang bermaksud: “... Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu ...” (al-Nisa’ 4:36). Al-Zuhaili (2011) mentafsirkan perkataan ihsan iaitu berbuat baik dalam ayat di atas kepada ihsan terhadap ibu bapa iaitu dengan mentaatinya dalam perkara kebaikan, berkhidmat untuknya, menunaikan hajatnya, dan tidak menyakitinya. Ihsan terhadap kerabat dengan menyambung tali silaturrahim. Ihsan terhadap anak yatim dengan berlemah lembut dan mendidik mereka. Ihsan terhadap orang miskin dengan bersedekah dan menyantuni mereka. Ihsan terhadap jiran yang juga mempunyai hubungan persaudaraan adalah dengan membina kerjasama dan hubungan yang bahagia. Ihsan terhadap jiran tetangga adalah dengan bermuamalah yang baik walaupun bukan Islam, memberikan hadiah dan menyediakan jamuan. Ihsan terhadap teman bagi perjalanan yang pendek seperti pergi ke sesuatu tempat, menuntut ilmu dan sebagainya adalah dengan menjadi sahabatnya. Ihsan terhadap ibnu al-sabil adalah dengan membantunya pulang ke tempat asalnya atau tempat yang dituju. Ihsan terhadap hamba pula dengan memberi makanan dan pakaian seperti yang diperoleh tuannya, tidak memberikan pekerjaan yang tidak mampu dilakukan, dan memerdekakan mereka daripada kehambaan. Allah juga meletakkan perintah ihsan pada akhir ayat perintah jihad dengan harta dalam surah al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud: “Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” (al-Baqarah 2: 195). Allah memerintahkan manusia berbuat ihsan dengan mentaati perintahNya dan bersungguhsungguh melaksanakannya, kerana sesungguhnya Allah mencintai orang yang berbuat ihsan dan akan mengganjarinya dengan sebaik-baik ganjaran (Al-Zuhaili 2011). Dalam ayat lain juga, Allah dengan jelas memerintahkan manusia untuk berlaku adil dan berbuat kebaikan (ihsan) dalam firmanNya yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.” (al-Nahl 16:90). Menurut Ibnu Mas’ud, ayat tersebut merupakan ayat yang paling banyak terkumpulnya kebaikan dan juga kejahatan (al-Zuhaili 2011). Al-Zuhaili (2011) mentafsirkan ayat di atas dengan meletakkan ihsan dalam ibadah, ihsan dalam menjalankan hukuman, dan ihsan dalam menunaikan janji atau melangsaikan hutang. Ihsan dalam ibadah adalah sepertimana yang tercatat dalam sabda Nabi s.a.w dalam hadis Jibril (yang akan disebutkan kemudian). Yang kedua, ihsan dalam menjalankan hukuman adalah memberikan balasan yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan dan menunaikan hak mangsa pembunuhan atau kecederaan dengan qisas. Dan yang ketiga, berbuat ihsan adalah dengan tidak melambat-lambatkan pembayaran atau menambah faedah daripada nilai asal. Tetapi ihsan yang paling tinggi dan terbaik adalah ketika seseorang berbuat baik kepada orang yang melakukan kejahatan terhadap dirinya. Al-sunnah yang menjadi sumber wahyu kedua Islam adalah bertujuan menguatkan dan menerangkan perkara yang terdapat di dalam al-Quran, menasakhkan perkara yang ditetapkan dalam al-Quran, dan menetapkan perkara yang tidak disebut di dalam al-Quran (Hatimi 2013). Oleh itu, nilai ihsan yang terdapat di dalam al-Quran juga diterangkan oleh Rasulullah s.a.w dalam beberapa hadith yang akan disebutkan.
Kepentingan Ihsan Dalam Pengurusan
Umat Islam pada hari ini berada dalam keadaan lalai dan leka kerana mereka mengabaikan prinsip ihsan dalam beribadah. Solat tidak dapat mencegah mereka daripada melakukan perkara yang keji dan mungkar, zakat tidak dapat membersihkan hati dari ketamakan dunia, puasa tidak dapat melindungi mereka daripada kejahatan nafsu, dan haji tidak menaikkan taqwa mereka kepada Allah (Sidi Gazalba 1975). Hubungan antara manusia dengan Allah tidak dihayati sekaligus memberi kesan negatif kepada hubungannya sesama manusia. Menurut Sidi Gazalba (1975) juga, ihsan akan menjadi tabiat daripada hasil ibadah yang disempurnakan.
Sidek Baba (2012) berpendapat kerosakan sumber-sumber alam dan hubungan kemanusiaan adalah akibat daripada kurang penekanan terhadap pembangunan insan dan tidak dijadikan landasan pembangunan. Maka, lahirlah pemikiran individualistik dan materialistik sehingga sanggup melakukan apa sahaja cara untuk menguasai dan mendapatkan sesuatu seperti yang telah berlaku dalam kes stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Terengganu yang runtuh berikutan bekalan bahan mentah tidak menepati piawaian yang bersesuaian, tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang terjadi akibat daripada penstrukturan binaan bangunan yang tidak menepati spesifikasi yang diberi, dan paling terkini yang menarik perhatian masyarakat apabila beberapa pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan aktiviti penyelewengan dalam pembelian barang, perkakasan dan alat ganti (Shamshun Baharin 2015). Dalam tradisi ihsan yang menekankan nilai dan etika, pendekatan begitu tidak dibenarkan. Rasa berdosa dan insaf ketuhanan sentiasa menjadi pedoman terbaik dalam memandu sesuatu amalan itu sama ada baik atau tidak (Sidek Baba 2012). Walaupun sebahagian sarjana pengurusan Islam meletakkan ihsan hanya dalam salah satu elemen pengurusan iaitu pengawasan, nilai kebaikan tetap terdapat dalam emelen-eleman pengurusan yang lain iaitu perancangan, pengorganisasian dan pengarahan.
Aplikasi Ihsan Dalam Pengurusan
Pengurusan yang berkesan memerlukan modal insan yang terdiri daripada pengurus dan pekerja yang berkemahiran dalam menggunakan sumber sumber yang diperoleh dengan efisien dan efektif. Dalam masa yang sama, pengurusan Islam menekankan aspek nilai dan etika dalam diri setiap anggota agar pekerjaan yang dilakukan bukan sahaja semata-mata untuk mencapai matlamat organisasi, malah mencapai matlamat al-falah dunia dan akhirat (Mohamed Sulaiman et al. 2014). Kecemerlangan sesebuah organisasi adalah bergantung kepada kualiti pekerjanya (Razaleigh Muhamat@Kawangit 2011). Apabila melihat kepada kisah-kisah pada zaman kegemilangan khilafah Islam terdahulu, para pemimpin iaitu Rasulullah s.a.w, para khalifah dan pegawai-pegawai sangat menitikberatkan nilai ihsan, itqan, amanah dan nilai Islam yang lain dalam pekerjaan mereka, berpandukan al-Quran dan al-sunnah yang dibawa oleh baginda Rasul s.a.w. Antara pemimpin yang boleh diambil iktibar daripada kepimpinannya adalah Kahlifah Umar bin Abdul Aziz yang merupakan khalifah kelima selepas alKhulafa’ al-Rasyidun iaitu Saidina Abu Bakar alSiddiq, Saidina Umar bin al-Khattab, Saidina Uthman bin Affan dan Saidina Ali bin Abi Talib.
PIN mensasarkan lima keutamaan yang perlu dicapai dalam tempoh lima tahun pertama iaitu:
Sasaran 1: Mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa secara berkesan;
Sasaran 2: Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi masalah birokrasi;
Sasaran 3: Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan;
Sasaran 4: Memantapkan institusi keluarga dan komuniti;
Cabaran Dalam Mengaplikasikan Ihsan
Walaupun konsep ihsan sudah wujud dalam pengurusan Islam dan hanya perlu diaplikasikan oleh para pengurus dan pekerja, tetapi masih ramai yang tidak mengetahui dan memahaminya, malah ada juga yang mengetahuinya tetapi tidak berminat untuk mendalaminya.
Masalah yang dihadapi adalah apabila penerimaan terhadap konsep pengurusan islami masih tidak meluas. Sebahagian pengurus lebih yakin dengan model pengurusan Barat yang kelihatan lebih berjaya berbanding pengurusan islami seterusnya meyebabkan mereka memandang rendah konsep tradisi dalam teori dan amalan pengurusan. Mereka lebih bangga dengan tokoh pengurusan Barat yang digelar ‘management gurus’ sepanjang abad ke-20 seperti Stephen Covey, Tom Peters, Warren Bennis, Jim Collings, James Champy, Rosabeth Moss Kanter, Gary Hammel dan sebagainya. Mereka juga menganggap model pengurusan berkonsepkan Islam hanya dalam sejarah dan ia tidak boleh dipraktikkan lagi dalam kehidupan moden walaupun di negara yang majoriti penduduknya muslim. Selain itu, pengurusan Islam tidak dapat dilaksanakan apabila pengurus sendiri berpandangan serong terhadap agama Islam. Islam dilihat mundur, miskin, menindas, ganas, tidak adil, kejam dan jahat, sehingga menyebabkan tiada satu pun nilai Islam yang dirasakan baik dan berjaya untuk dilaksanakan dalam organisasi. Antara penyelesaian yang perlu dilaksanakan untuk mengatasi cabaran yang timbul ini adalah dengan memberikan pendedahan kepada para pengurus tentang kelebihan-kelebihan konsep pengurusan Islam. Pengurusan Islam mempunyai ciri-ciri seperti yang dinyatakan di akhir pendahuluan di atas, yang tidak dapat diperoleh dalam konsep pengurusan Barat. Selain itu, kesedaran harus diberikan kepada para pengurus supaya memberi keutamaan kepada pembentukn sistem nilai berasaskan tauhid dengan memberi penekanan kepada iman, ilmu dan amal. Iman dijadikan sebagai asas sistem nilai itu, ilmu untuk memberi perspektif yang betul kepada penggunaan akal seterusnya membina sikap intelektual yang cintakan kebenaran, dan amal sebagai penyaluran tenaga hawa nafsu dan syahwat melalui kemahiran yang digunakan untuk mengerjakan amal soleh. Pada akhirnya, ia akan membentuk organisasi yang dibangunkan atas asas taqwa kepada Allah s.w.t.
Kesimpulan
Oleh itu, setiap muslim seharusnya menghayati sifat ihsan Allah s.w.t dengan berusaha mencapai maqam ihsan tidak kira dalam apa jua perbuatannya, kerana setiap insan yang berjiwa ihsan akan membentuk masyarakat yang berintegriti dan profesional dalam pekerjaannya serta menjauhi penyelewengan yang bakal merosakkan diri, keluarga dan masyarakat.
RUJUKAN
pengurusan dalam islam
AL-QURAN AL-KARIM
SEKIAN TERIMA KASIH
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
No comments:
Post a Comment